Roadshow Jalan Nombor Plat G1M di seluruh negara kini berada di Negeri Sembilan dan akan bergerak ke utara tanahair minggu hadapan - Team KE7B @ 1 Mac 2012.              Nombor plat G1M boleh didaftarkan di semua pejabat JPJ Cawangan Negeri sehingga 31 Disember 2012.              Syarikat atau individu yang berminat untuk menjadi Agen Jualan nombor plat G1M, bolehlah hubungi pihak kelab di talian 03-61512144 atau hantarkan maklumat di ke7bmalaysia@gmail.com.              Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan nombor G1M 58, sila hubungi Hafidz 012-2585159.             


Anda boleh membeli dan membida secara online dengan mengisi borang di sini.
KELAB EKSPLORASI 7 BENUA MALAYSIA (0024-SEL-07)
SW-03A-06, COVA SQUARE, JALAN TEKNOLOGI,
KOTA DAMANSARA PJU 5,
47810 PETALNG JAYA,
SELANGOR

+603.6151.21.44 (TEL)
+603.6142.21.44 (FAKS)
EMAIL: platg1m@gmail.com
G1M banner

INFO NO PLAT G1M & 7 SUMMIT'S EXPEDITION


Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) sedang melaksanakan Projek Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai atau lebih dikenali sebagai 7 Summit's Expedition dalam usaha meletakkan nama Malaysia dalam peta pendakian dunia. Pendakian ini dilakukan oleh Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin @ Qobin dalam usaha mencatatkan nama dalam lipatan sejarah Negara sebagai pendaki pertama Negara yang berjaya menawan 7 puncak tertinggi di 7 benua.

Program 7 Summit's Expedition ini melibatkan pendakian ke Gunung Everest yang merupakan gunung tertinggi di Benua Asia, diikuti Gunung McKinley (Benua Amerika Utara), Gunung Kilimanjaro (Benua Afrika), Gunung Elbrus (Benua Eropah), Gunung Aconcagua (Benua Amerika Selatan), Gunung Vinson Massif (Benua Antartika) dan Gunung Casztern Pyramid (Benua Oceanic).



Bagi mengumpul dana Projek 7 Summit's Expedition, KE7B telah mendapat mandat untuk menguruskan jualan Nombor Plat Gagasan 1 Malaysia atau secara ringkasnya G1M. Pemilihan nama G1M ini berdasarkan idea Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang mencorak Negara melalui pendekatan Gagasan 1 Malaysia dan beliau juga merupakan Penaung bagi Projek7 Summit's Expedition ini.



Dana jualan no plat G1M ini tidak terhad untuk projek pendakian 7 Summit's Expedition sahaja, malahan akan digunakan bagi projek; Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1 Malaysia (RPSI1M) 2012 dan beberapa projek yang akan dilaksanakan KE7B sehingga tahun 2020.

Selain itu, hasil dana jualan no plat G1M ini juga telah disumbangkan kepada 3 buah yayasan iaitu Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia (YHKM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan sumbangan berjumlah RM200,000.00